Enjoy every moment about life

Sharing is Caring

Assalammualaikum wb.t
Dengan nama Allah. Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
selawat dan salam atas buat junjungan besar Nabi Muhammad S.AW. , kaum keluarga dan para sahabat baginda para ambia ,aulia 'dan syuhada serta sekalian Mukmin 

"Sharing is Caring"

   Selagi bumi masih berputar,selagi siang dan malam saling bertukar,selagi itulah degup kehidupan ini akan terus berkisar.Di sepanjang derap langkah peredaran tahun demi tahun ,kita begitu tekun mengheret beban tuntutan yang sentiasa meruntun,,kini tahun 2013 hampir lenyap ditelan jarak usia dan selanjutnya tahun 2014 bakal muncul menebarkan sayapnya. 
   Catatan sari peristiwa sekadar melengkapi jejeran hasrat yang seringkali tertunda.Sesekali dalam runang pencarian kita tersadung selirat bayang ghairah yang menyongsong perjalanan usia .Selebihnya kita sekadar mengadun hasrat sambil mengasuh diri untuk menghayati keseluruhan hidup ini(selagi masih bernafas).
   Apa sebenarnya yang dicari dari serpihan usia, andai dibazirkan tanpa sebarang manfaat.Ada ketikanya,kita cuma mampu menyatukan rasa bahagia.Bahagia pada nama,usia,pengalaman, harta atau apa sahaja yang bersifat peribadi.Apakah kebahagian sekadar suatu pernyataan tentang kehidupan ? Atau mungkin terlihat bak fatamorga dalam gemerlap kilauan pencarona kehidupan.
   Orang yang berakal sentiasa mentaati perintah Allah kerana sedar akan hakikat kelahirannya di dunia ini . Adakah kita orang yang berakal ? Tepuk dadah tanya iman . Kebahagiaan bagi orang yang berakal adalah dengan meletakkan agama yang paling utama dalam hidupnya. Alhamdulillah Allah S.W.T telah mengurniakan akal kepada kita semua . Dengan akal kita memahami islam menerusi kenyakinan yang benar dan dari-Nya kita menikmati kemanisan iman . InsyaAllah . itu sahaja daripada saya , yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan saya sendiri  :)